[Ini adalah posting lama yang telah di edit semula dengan ayat yang lebih mudah difahami.]

Apakah perkara pertama yang perlu anda lakukan sebelum membuat sesuatu lukisan? - PEMERHATIAN (Observation)

Mata adalah aset penting bagi seorang pelukis. Ia bukan sekadar organ perhubungan antara otak dengan dunia luar badan tetapi juga sebagai pengimbas (scanner) supaya anda boleh mencetak (melukis) semula ke atas kertas dengan tangan anda.

Lukisan menjadi buruk BUKAN kerana anda tidak tahu melukis, tetapi kerana anda tidak melihat dengan baik. Percayalah bahawa semua orang boleh melukis sekiranya mereka melihat dengan baik.

Disini saya akan beritahu anda bagaimana untuk melihat dengan baik. Cara-cara dibawah ini lebih kepada untuk melukis secara langsung. Ia adalah latihan yang bagus kerana setiap yang anda lukis akan terpahat di dalam ingatan. Di kemudian hari, anda mampu melukis subjek-subjek yang pernah anda lukis tanpa menghadap subjek itu secara fizikal.

Bagaimana untuk melihat dengan baik?

1. Ratio
Melihat setiap benda dengan membuat perbandingan saiz.

Contoh:

1. "Dahinya sama luas dengan panjang hidungnya."
2. "Bangunan kiri lebih kurang 1/3 ketinggian bangunan sebelah kanan."
3. "Pokok itu hanya 2/3 tinggi daripada zirafah itu.
4. "Buah itu 3 kali ganda besar dari buah yang satu lagi"

2. Menanda (Marking)
Melihat benda dengan meletakkan titik-titik tertentu sebagai tanda.

Contoh:

1. "Panjang papan tanda itu setakat skru yang ketiga di tiang itu" (skru sebagai penanda)
2. "Tangannya panjang setakat hujung tali pinggangnya yang terjuntai" (hujung tali pinggang sebagai penanda)
3. "Hujung pemegang tong sampah itu berada pada bucu batu-bata dinding yang ke-5 dari bawah"

3. Ragu (Doubt)
Melihat sesuatu dengan tidak mempercayai apa yang anda lihat pada kali pertama.

Contoh:

1. "Betul ke kayu tu lurus?"
2. "Betul ke kepala dia bulat?"
3. "Betul ke warnanya hitam?"

4. Sebab (Reason)
Melihat sesuatu dengan bertanya mengapa ianya sebegitu dan cuba cari penyebab kenapa ia sebegitu.

Contoh:

1. "Apa yang membuatkan perempuan ini cantik? Oh mungkin sebab..."
2. "Mengapa tempat ini kelihatan kelam? Mungkin  sebab..."

5. Membuat Persamaan
Cuba mengaitkan sesuatu objek dengan sesuatu perkara lain yang anda mudah fahami.

Contoh:

1. "Badan lelaki ini seperti buah pear"
2. "Mulutnya seperti mulut ikan"

Itu adalah antara contoh bagaimana untuk melihat dengan baik. Adakah ini membantu anda? Saya akan menambah lagi posting ini jika ada cara-cara yang tertinggal atau sekiranya ada input berguna dari para pembaca. Selamat Melukis!

Cara-Cara Melihat Dengan Baik

  • Views:
  • Category: ,
  • Share

     

    About Us

    Fanikatun Creative House is a one-stop creative centre. Our team is trained to provide the best services where creativity matters. These include animation, voice recording, music composition, illustration, scriptwriting, copywriting and photography.

    Why Us

    When you choose Fanikatun Creative House, you choose to receive everything under one roof for your creative need. You may have an idea, we can help it grow. You may have a design, we can help enhance it. We guide you in all creative aspects artistically and musically to help you deliver your product the way it should be delivered.

    Copyright © Fanikatun Creative House | Designed by Templateism.com | WPResearcher.com